Kampung
Sungai Lui
Kampung
Sungai Lui
Sungai
Lui terletak di
tepi Sungai Lui yang bercantum dengan Sungai Langat . Kampung Sungai Lui terletak di mukim Hulu Langat, Selangor Darul
Ehsan, Malaysia.
Penduduk kampung ini
orang Melayu keturunan Kerinchi atau
Kurinchi yang pindah dari Sumatra , Indonesia sekitar
tahun 1800 yang lalu.
Penduduk di sini banyak
mengusahakan dusun buah-buahan seperti durian, langsat, rambai dan tampoi. Ada juga yang menanam rambutan dan pisang . Tidak ada pula kelapasawit . Beberapa keping papan tanda
menunjukan mereka ingin menjual tanah . Dato' Yusuf Haslam mendirikan sebuah rumah di sini
dengan papan tanda Casa d' Haslam.
Kampung Orang Asli Paya Lebar
Kampung ini berhampiran dengan Sungai Lui . Orang Asli suku Temuan tinggal di kawasan ini. Sesuatu yang tidak dapat dilupakan apabila
anda berkunjung ke Kampung Sungai Lui ialah anda akan disambut dengan bayuan
lembut dan deruan air terjun sungai gabai yang mengimbau para pengunjung.
AIR TERJUN SG GABAI
Tercatat dalam peta
pelancongan negeri Selangor.
Letaknya lebih kurang 30 kilometer dari pusat bandar raya Kuala Lumpur. Airnya
yang mengalir jernih, setinggi 7 tingkat sesuatu yang tidak dapat dilupakan
sekiranya kita berada di sini. Kerajaan negeri telah memperuntukkan RM 100.000
bagi membaikpulih dan menaikkan taraf Air Terjun Sungai Gabai.
Asalnya air terjun Sungai
Gabai ini adalah merupakan punca air bagi penduduk yang mengerjakan sawah padi
di awal tahun 60an. Namun begitu di awal tahun 80an Sungai Lui telah dikunjungi
oleh rombongan orang Inggeris lebih kurang 50 orang dan bermulalah air terjun
Sungai Gabai ini mendapat tempat di hati mereka.
Dikelilingi kawasan
perkebunan buah-buahan, ia lebih meriah lagi sekiranya tiba bulan Jun hingga
Ogos. Ini kerana pada bulan-bulan ini musim buah-buahan sedang diraikan oleh
penduduk kampung dan orang luar yang berkunjung ke sini. Siapa tidak kenal
Durian Hulu Langat , di sinilah tempatnya. Sambil bersantai dengan keluarga,
anda akan merasai kehidupan kampung yang sebenarnya.
Kunjungilah Air Terjun
Sungai Gabai anda tidak akan menyesal, perjalanan jauh yang anda lalui berbaloi
apabila disambut dengan deruan air terjun Sungai Gabai.
Sejarah Kampung Sungai Lui
Mengikut kata orang tua ,
nama Sungai Lui diambil sempena deng an nama orang asli (LUI) yang mula-mula mendiami kampung ini. Pada
1900an, peneroka tanah dari Bukit Nanas,Seputeh, Subang dan Kampung Kerinchi di Kuala Lumpur telah
diarahkan berpindah oleh kerajaan kerana
ingin menjadikan kawasan tersebut kawasan bandar. Penghulu MukimHulu Langat ketika
itu, Encik Abdul Jalil telah membawa mereka ke Hulu Langat untuk dijadikan
kawasan penempatan baru. Di sini mereka telah berpecah dengan menetap diSemungkis, Pansoon dan Sungai Lui.
Ketika itu,
pedagang Cina juga datang
untuk membijih di sungai sungai dengan mendulang. Terdapat juga cerita yang
mana perkataan "LUIT" iaitu teloh orang Cina yang bermakna
"DUIT" menjadi popular kerana banyaknya keuntungan dari mendulang
bijih timah hingga perkataan itu menjadi sinonim dengan kawasan tersebut. Di
samping itu orang asli yang sama sama meneroka juga bernama LUI, maka nama
tersebut diambil dan disatukan dengan sungai yang mengalir di tengah tengah
kampung ini.
Kampung ini terbahagi
kepada Kampung Kota Petai, Kampung Tanjung Pauh, Kampung Batu 20, Kampung Haji
Hassan, Kampung Masjid, Kampung Bharu, Rumah Murah PKNS, Kampung Sungai Gabai,
Kampung Tengah Batu 23, Kampung Tuntong, Kampung Batu 25 dan Kampung Paya Lebar.
Penduduknya dianggarkan seramai 5 000 orang.
Antara kemudahan yang
terdapat di kampung ini ialah sebuah sekolah rendah, sekolah rendah agama,
klinik desa, masjid, padang awam, gelanggang futsal, pusat sumber desa, dewan
orang ramai,tanah perkuburan, beberapa balairaya, bangunan belia 4B dan taman
permainan.Selepas pilihanraya umum 12 akibat kekalahan Barisan Nasional maka
pentadbiran kampung telah dibahagikan kepada dua satu JKKK di bawah kerajaan
negeri dan satu lagi JKKP dibawah persekutuan. Pentadbiran baru JKKK Batu 20
Sungai Lui diterajui oleh En Muhammad Jalil bin Abdul Rahman dan Pentadbiran
JKKK Batu 21 adalah En. Mohamad Alias bin Haji Ali.Sementara JKKP pula
diterajui oleh Tuan Haji Hassan bagi JKKKP batu 20 dan Tuan haji Samad bagi
JKKKP batu 21.
Kebanyakkan penduduknya
berkerja sebagai kakitangan kerajaan, pekerja kilang, berniaga, petani, dan
bekerja sendiri. Pada amnya 99% penduduknya terdiri dari orang Melayu. Walaupun penduduknya terdiri dari
keturunan Kerinci dan Minangkabau namun
mereka hidup dengan aman dan harmoni. Bergotong royong pada sesuatu majlis
perkahwinan atau kenduri kendara masih diamalkan. Kampung ini terkenal dengan
kumpulan Silat
Pedang yang dipersembahkan semasa majlis perkahwinan.
Pertarungan menggunakan pedang dipersembahkan semasa majlis perkahwinan dan
acara-acara lain.
Media
popular
Lagu popular yang bertajuk
'Sungai Lui' dinyanyikan oleh Aizat Amdan mengisahkan tentang Sungai Lui.
SUMBER DARI WIKIPEDIA